Friday, 6 September 2013

Asal Usul Kangar

                                              Peta Kangar

    Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama...Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji...Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan...

    Kewujudan Bandar Kangar semenjak lebih 300 tahun yang lalu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah...Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat (pengkalan) dimana perahu dan tongkang berlabuh...Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis...

    Bertempat di pengkalan inilah para pedagang berjual beli dibawah sebatang pohon tinggi dan merendang di kawasan itu...pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urusniaga inilah yang bernama "pohon Kangar"...Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan itu sebagai "Pelabuhan Pohon Kangar" bersempena nama pokok itu...

    Selain itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar Kangar ini diambil dari bunyi sejenis burung helang "kangor"...Pada masa awal kewujudan Bandar Kangar, terdapat banyak burung helang kangor berterbangan di kawasan ini...

    Namun begitu, menjelang abad ke 20, fungsi "Perlabuhan Pohon Kangar" ini kian berkurangan dimana corak pengankutan dan lalu lintas kian berubah...Pengankutan air telah berubah kepada pengangkutan darat dimana banyak jalan-jalan raya mula dibina...Kenderaan yang dahulunya merupakan tongkang telah bertukar kepada kereta dan lori...

    Seterusnya pula, "PelabuhanPohon Kangar" ini berubah kepada pusat perniagaan dan pentadbiran di Negeri Perlis...Kian nama pengkalan telah luput dari sebutan penduduk dan yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.....

No comments:

Post a Comment